Briged Al-Qassam merupakan barisan ketenteraan HAMAS yang terdiri daripada pemuda-pemuda yang berumur antara 18 hingga 30 tahun, barisan yang mempertahankan Palestin daripada penjajahan tentera zionis. Briged Al-Qassam diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Dr Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.
Antara syarat-syarat yang melayakkan pemuda-pemuda ini untuk menganggotai Briged Al-Qassam adalah seperti berikut:
1. Menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
2. Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
3. Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw.
4. Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
5. Berdisiplin dan mentaati kepimpinan.
6. Mencintai dan bersedia syahid.
Pemuda-pemuda Al-Qassam akan melakukan sujud syukur setiap kali selepas tamat pertempuran melawan tentera zionis. Mereka ialah pejuang-pejuang yang merindui syahid di jalanNya, mempunyai peribadi yang mulia dan menjadikan Al-Quran sebagai teman sepanjang masa.
Sebagaimana Kontantinopel berjaya dibebaskan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera-tenteranya seperti yang telah tercatat dalam hadis nabi. Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq, maksudnya: “Konstantinopel (Instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Begitu juga Palestin, tanah suci ini bakal dibebaskan oleh pemuda-pemuda yang hebat!
Pejuang Hijau
Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.”
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
i nilah kekejaman puak2 syiah,,,mereka xkan berhenti sehingga puak sunni lenyap dr bumi syria,,,,semoga kite berdoa agar mereka tabah mne...
-
Mereka menyerang rumah-rumah secara rawak di kawasan Sunni. Membunuh lelaki, merogol wanita dan juga kanak-kanak yang bersembunyi dalam alma...
-
1. ZALITUN, tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja,tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan. 2. WATIN, tugasnya ...