Wednesday 19 June 2013

Kenali Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam merupakan barisan ketenteraan HAMAS yang terdiri daripada pemuda-pemuda yang berumur antara 18 hingga 30 tahun, barisan yang mempertahankan Palestin daripada penjajahan tentera zionis. Briged Al-Qassam diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Dr Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984. 

Antara syarat-syarat yang melayakkan pemuda-pemuda ini untuk menganggotai Briged Al-Qassam adalah seperti berikut:

1. Menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
2. Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
3. Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw.
4. Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
5. Berdisiplin dan mentaati kepimpinan.
6. Mencintai dan bersedia syahid.

Pemuda-pemuda Al-Qassam akan melakukan sujud syukur setiap kali selepas tamat pertempuran melawan tentera zionis. Mereka ialah pejuang-pejuang yang merindui syahid di jalanNya, mempunyai peribadi yang mulia dan menjadikan Al-Quran sebagai teman sepanjang masa.

Sebagaimana Kontantinopel berjaya dibebaskan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera-tenteranya seperti yang telah tercatat dalam hadis nabi. Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq, maksudnya: “Konstantinopel (Instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Begitu juga Palestin, tanah suci ini bakal dibebaskan oleh pemuda-pemuda yang hebat!

Monday 3 June 2013

Putera-putera Rasulullah s.a.w

Rasulullah SAW memilik tiga orang putera iaitu:

1. Al-Qasim, dilahirkan di Makkah sebelum Muhammad diangkat menjadi Nabi. Al-Qasim meninggal di Mekah pada usia dua tahun. Namun menurut Qatadah, Al-Qasim meninggal ketika ia sudah boleh berjalan.

2. Abdullah, dinamakan juga dengan at-Thayyib (yang baik) dan at-Thahir (yang suci) karena ia dilahirkan sesudah Islam. Ada pendapat yang mengatakan bahwa at-Thayyib dan at-Thahir ini adalah putra Rasulullah SAW yang lain, namun pendapat pertama adalah yang benar.

3. Ibrahim, dilahirkan dan wafat di Madinah tahun sepuluh hijriah pada usia tujuh belas atau lapan belas bulan. Ada pendapat yang mengatakan Rasulullah SAW memiliki putera lain yang bernama Abdul Uzza tapi pendapat ini sangat lemah kerana Allah SWT telah mensucikan dan melindungi Nabi SAW dari hal demikian (penamaan anak Abdul Uzza yang bererti hamba Uzza nama salah satu berhala Quraisy)

Kelebihan Air Zam zam

Air Zamzam Mengandungi Unsur Anti Kuman

HASIL penelitian sampel air di Eropah dan Saudi Arabia menunjukkan bahawa air Zamzam mengandung zat fluorida yang amat efektif membunuh kuman,. Dengan kata lain, air tersebut seperti sudah mengandung ubat. Dengan itu perbezaan air Zamzam dibandingkan dengan air telaga lain di kota Mekah dan sekitar Arab adalah dalam aspek kualiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam membuat kesan menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Selain daripada itu, hasil kajian makmal di Eropah juga menunjukkan bahawa air zamzam baik untuk diminum, selamat untuk diminum.

Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya selalu stabil, selalu sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang pada setiap tahun. Dan Air zamzam ini tidak pernah dicampur bahan kimia apapun seperti air paip yang terdapat di Negara kita. Air Zamzam tetap terjaga, murni dan sihat.

Malahan, telaga air zamzam tidak pernah ditumbuhi lumut, seperti yang berlaku dikebanyakan telaga yang terdapat di seluruh dunia yang biasanya ditumbuhi lumut dan tumbuhan serta terdapatnya mikro organisma...Subhana Allah..

Kita hayati hadith ini....

DIRIWAYATKAN dalam Sahih Muslim, Nabi bertanya kepada Abu Dzarr, yang telah tinggal selama 30 hari siang malam di sekitar Ka’bah tanpa makan minum, selain Zamzam. “Siapa yang telah memberimu makan?”. “Saya tidak punya apa-apa kecuali air Zamzam ini, tapi saya gemuk dengan adanya gumpalan lemak di perutku” Abu Dzarr menjelaskan, “Saya juga tidak merasa lelah atau lemah kerana lapar, dan tak menjadi kurus”. Tambah Abu Dzarr. Lalu Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkati, ia adalah makanan yang mengandungi GIZI”.

Nabi SAW menambah: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniat ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka ALLAH mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka ALLAH akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari ALLAH untuk Ismail”.

(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari IBNU ABBAS).

Pesanan untuk Muslimah


Di dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik), ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutup rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.

Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya.
Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.

Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.

Hayati hadith ini..

Hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.”
(Al-Muwatta’, no. 1421)

Sekali lagi..peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian wahai kaum Hawa..Kaum Adam didiklah kaum Hawa di dalam ahli keluargamu sebaik nya.. Maruah mereka juga maruah kita..

Tip-tip Bersahabat

TIPS dalam BERSAHABAT:

1) Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.

Rasulullah saw bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya"
(HR Abu Daud)

2) Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya"
(HR Muslim)

3) Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.

Rasulullah saw bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
(HR Muslim)

4) Segera bersalaman ketika bertemu.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah"
(HR Abu Daud)

5) Sentiasa menziarahi sahabat kita.

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu"

6) Memberi hadiah

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang"
(HR Thabrani)

7) Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.

Rasulullah saw bersabda: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."
(HR Hakim)

Popular Posts